my name

  Myspace Glitter Text

Tuesday 30 April 2013

cara buat gasing kertas


Tajuk :

Gasing Kertas

 

Bahan:

Kertas tebal

kertas warna

lidi

gam

 

Alatan:

pisau

gunting
 

 Cara-cara:
1. Buat bulatan pada kertas tebal.
2.Tebuk lubang ditengah-tengah.
Pastikan lubang itu seimbangan.
3. Hiaskan kertas tadi dengan kertas warna.
4. Masukkan lidi di tengah-tengah kertas tadi.

 
contoh 1
 
 

contoh 2
 
 
contoh 3
 
 
 
contoh 4
 
 

Contoh anyaman tikar....


Mengenal

Kraf Tangan Tradisional

 
Tajuk:
                                                               Anyaman Tikar

                                               contoh 1
 
contoh 2
 
 
contoh 3
 
 
contoh 4
 

Kuda Kepang


Model Kuda Kepang

Alatan : gunting

Bahan: Kad manila
pensel
pensel warna

Langkah 1
contoh 1

 
contoh 2
 

1. Lakarkan gambar kuda kepang di atas kad manila.
2. Guru memberi contoh gambar yang di muat turun dari internet.

Langkah 2
 
 

1. Setelah siap dilakar, warnakan dengan mengunakan pensel warna atau warna air.
Langkah 3
 
1. Setelah siap diwarnakan, gunting mengikut bentuk
Langkah Akhir.
 
Model kuda kepang yang telah siap dipotong.
 
 

Sunday 28 April 2013

ORIGAMI


ORIGAMI

PENGENALAN

·         Origami ialah seni lipatan kertas yang mula diperkenalkan di Jepun.

·         Seni origami tidak memerlukan gam untuk melekat bahagian-bahagian kertas hingga menjadi bentuk yang diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang diingini.

 
DEFINISI

·         berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan.

·         ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas.

 

ALAT DAN BAHAN

·         Kertas

·         Gunting

·         Pisau

 
CONTOH-CONTOH GAMBAR ORIGAMI


 

TOPENG


TOPENG


DEFINISI TOPENG

Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan untuk membuat persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya.
 

KEGUNAAN TOPENG

·         Digunakan dalam upacara keagamaan.

·         Digunakan di dalam teater persembahan.

·         Digunakan untuk menyembunyikan identiti.

·         Digunakan bagi tujuan majlis-majlis tertentu.

 

JENIS-JENIS TOPENG

Topeng mata- Topeng yang menutup seluruh bahagian mata.

Topeng muka- topeng yang menutup seluruh permukaan muka.

Topeng serkup- Topeng yang menutup seluruh permukaan kepala.

 

CONTOH-CONTOH GAMBAR TOPENG


 
 

MODEL


MODEL

 
PENGENALAN

Objek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Murid-murid lebih memahami sesuatu yang dilihat daripada sesuatu yang didengar. Sukar bagi guru memasukkan objek sebenar yang bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjjukkan semasa sesi pengajaran. Oleh itu aktiviti membuat model dapat menggalakkan pemahaman murid-murid sambil memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan kreativiti.

 
DEFINISI MODEL

 
·         Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan.

·         Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan dan sebagainya.


ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN MODEL

 
·         Pelekat - Gam, dawai, skru, selotape.

·         Pemotong -Gunting, pisau.

·         Bahan binaan - Kadbod, kotak, bahan kutipan dan sebagainya.


CONTOH GAMBAR MODEL

 

APA ITU DIORAMA?


DIORAMA

 

DEFINISI

·         Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.

·         Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

 

ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA

 

·         Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas.

·         Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod.

·         Pemotong- Gunting, pisau.

·         Pelekat- Selotape, gam, tali.

 
CONTOH-CONTOH GAMBAR DIORAMA
 

 

APA ITU BONEKA


BONEKA

 
PENGENALAN

 

·         Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang.

·         Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun kadang-kadang digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah.

 

DEFINISI BONEKA

 
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yangdigerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapatdijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-adamenerusidialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

 

JENIS-JENIS BONEKA

 

BONEKA SARUNG TANGAN

 
Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

 

BONEKA LIDI

 
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga bolehdibuat daripada kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal.

 
BONEKA WAYANG KULIT


Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lididigoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.

 

BONEKA TONGKAT


Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut.Boneka ini menggunakan konsep wayang.

 

BONEKA BERTALI

 
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yangboleh bergerak.Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota angota badan itu bergerak.


CONTOH GAMBAR-GAMBAR BONEKA
 
BONEKA JARI
 
                                         BONEKA SARUNG TANGAN

                                         BONEKA WAYANG KULIT