DIORAMA
DEFINISI
·
Diorama ialah sejenis binaan tiga
dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang
sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak
atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari
hadapan atau pun sisi.
·
Objek yang hendak disusun boleh
digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut.
Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang
diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan
bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA
·
Tapak atau dinding -Kotak, papan,
kadbod, atau bekas.
·
Objek yang disusun - Kertas, plastik,
kadbod.
·
Pemotong- Gunting, pisau.
·
Pelekat- Selotape, gam, tali.
CONTOH-CONTOH GAMBAR DIORAMA
1 comment:
👍
Post a Comment