PENGENALAN MENGGAMBAR
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek
atau imej yang dihasilkan di atas permukaan .Ia mengandungi komposisi artistik
yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.Ilustrasi yang digunakan
dalam menggambar adalah untuk
menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek.Menggambar merupakan
Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi.Aktiviti menggambar
juga boleh didefinasikan sebagai satu
artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
Aktiviti menggambar melibatkan penggunaan pelbagai peralatan
,bahan ,media dan teknik .Oleh itu membantu perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak seperti yang disarankan dalam Falsafa Pendidikan Kebangsaan . Iaitu
menghasilkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi ,rohani dan
intelek . Oleh demikian Pendidikan seni visual di anggap sebagai matapelajaran
yang penting bagi perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak sekolah rendah . Ini kerana aktiviti menggambar dapat
meningkatkan perkembangan murid dari
aspek psikomotor,kognitif social dan emosi kanak-kanak .
Oleh
itu Aktiviti menggambar sangat
diperlukan kepada kanak-kanak dalam
proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak .Ini kerana aktiviti menggambar memainkan peranan penting sebagai medium komunikasi
murid-murid.Ativiti menggambar merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan
untuk berinteraksi .Selain daripada itu murid-murid juga memerlukan aktiviti menggambar bagi mencapai
kepuasan diri .Ini kerana aktiviti menggambar merupakan aktiviti yang mampu
memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot murid tetutamanya
murid tahap satu. Aktiviti menggambar juga sangat diperlukan kepada murid-murid
bagi Meningkatkan Daya Penguasaan
Kendiri (Self Esteem) .Iaitu Aktiviti menggambar dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak
dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa
imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis,
kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera juga dapat membantu
menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
2.0 BIDANG
MENGGAMBAR
Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu-:
1.
Menggambar
2.
Membuat Corak
dan Rekaan ,
3.
Membentuk dan Membuat Binaan
4.
Mengenal Kraf Tradisional
Pengenalan menggambar.....
ReplyDelete