Tembikar
Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah
liat, dibentuk dan dibakar. Seni tembikar telah wujud di Malaysia
sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama
seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di
Malaysia. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai
ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan
tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi
bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan
latar belakang si pembuat.
Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi
susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan
permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu
menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang
membanggakan.
Teknik Pembuatan
Tembikar:
(a) Teknik picitan
(b) Teknik lengkaran
(c) Teknik kepingan
(d) Teknik Lempar Alin
Proses:
Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.
1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk
menjadi debu.
Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan
batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah.
2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu
selama tiga hari.
3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.
4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan
digunakan untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.
5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.
6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan
kayu di
sebelah dalamnya ditahan dengan tangan.
Ini bertujuan untuk
menguatkan tembikar.
7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan
tembikar.
Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau
dari bawah ke atas.
8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman
bahagian badan dan kepala
tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (‘leather hard’).
tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (‘leather hard’).
9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara
salai
12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam
timbunan sekam.
13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan
tiris.
No comments:
Post a Comment