Sudah menjadi lumrah
setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan juga secara
tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang
dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai ‘seni’ yang
tersendiri dan seni yang paling indah ialah ‘hanya’ yang dikurniakan oleh Allah
S.W.T. dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu
dalam kehidupan seharian kita.
Memang tidak pernah
terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan
menghayati ‘seni’ yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti
serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan
dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui ide dari alam semesta
ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’
yang tidak ternilai.
Keaslian ‘pereka
bentuk’ istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus. Cetusan ide
yang diluahkan terus menjadi satu visual yang sungguh ekspresif dan unik
hinggakan ianya menjadi satu bahan komoditi ‘seni’ yang berharga.
Kehalusan reka bentuk
dan buatan kain songket bukan sahaja melambangkan kekayaan khazanah seni
tekstil Melayu tradisional, malah ianya adalah sebagai satu penggerak ide dan
pemangkin kepada pereka-pereka tekstil generasi kini, khususnya pelajar-pelajar
yang sedang mendalami selok-belok seni ini.
Masyarakat Malaysia
begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman. Tenunan,
sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu
sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap
hasil kerja tangan tradisional ini. Beberapa topik berkaitan bidang seni halus
yang akan dipaparkan dalam lama web ini adalah anyaman, seni
batik, pua kumbu, songket, tekat, kain
dastar, kain tenun, manik, ukiran
kayu, ukiran batu, ukiran
logam dan tembikar.
Kraf tradisional
boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran
kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi
turun-temurun.
No comments:
Post a Comment