my name

  Myspace Glitter Text

catan



                                  


                              Catan

       Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Pelbagai warna boleh digunakan dalam teknik catan antaranya ialah  Warna Poster , Warna Air , Cat Akrilik ,Cat Minyak , Cat Tempera ,  Cat Gouache dan  Fresko - Kapur plaster.


Hasil karya catan. dalam bidang menggambar :




PRIYAMBIGAI A/P THANGARAJU   TAHUN 5
           
        Gambar ini dihasilkan oleh murid yang bernama Priyambigai  .Murid ini berumur 11 tahun . Tema lukisan ini Adalah  Taman rekreasasi  .Dia telah menggunakan teknik catan   dalam menghasilkan gambar ini .  Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.  Ia Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.Murid ini telah menghasilkan gambar ini  melalui sapuan warna air ke atas permukaan kertas lukisan  dengan menggunakan berus untuk menghasilkan gambar taman tekresasi   .Oleh  itu  murid  ini boleh dikatakan  menggunakaan  teknik catan   untuk  menghasilkan gambar taman rekreasasi   . Fungsi karya ini adalah untuk  menggambarkan imaginasi murid tentang taman rekreasasi .
         Berdasarkan kepada  teori perkembangan Artistik oleh Hurwits dan day murid ini berada pada peringkat pra remaja.Iaitu peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.Pada peringkat ini kanak-kanak dapat melukis gambar dengan saiz yang betul .Mereka mula menggunakan  kaedah perspeksif bagi membezakan saiz imej.Mereka juga memahami konsep ruang.Selaian daripada itu lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini namapak lebih realistic dan mula menggunakan warna yang lebih tepat
          Oleh itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan  seperti  dikatakan  oleh Artistik oleh Hurwits dan day.Ini kerana Hasil Karya murid ini dapat  menggambarkan pemandangan taman rekreasi    . Murid ini juga  telah menggunakan konsep dan skema yang betul   dalam menggunakan teknik catan   bagi    menggambarkan  taman rekreasi  secara realistic  . Murid ini juga menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia  telah menyapu warna  secara  berhati-hati  dengan menggunakan teknik basah ke atas basah  bagi menghasilkan kesan jalinan , garisan ,ton  ,imbangan ,harmoni dan pengerakan  pada gambar  ini .       Murid ini juga  telah  mencampur warna  air   dengan baik  bagi menghasilkan setiap imej dalam gambar ini dengan   .Murid ini juga  telah  memilih, mencampur  dan menghasilkan warna yang lebih sesuai  bagi menghasilkan setiap imej  dalam gambar ini secara realistic  .contohnya murid ini sedar akan beberapa  warna hijau  sesuai digunakan untuk tumbuh-tumbuhan , warna biru dan putih  sesuai digunakan untuk melukis  pengerakan air dalam  kolam , menggunakan warna perang untuk menggambarkan pondok rehat dan bangku duduk, warna campuran biru telah digunakan untuk menggambarkan awan  .Dia telah  menggunakan  kaedah perspeksif bagi membezakan saiz setiap imej.Dia  juga memahami konsep ruang.Oleh itu menyusun setiap imej dalam  kertas lukisan ini secara seimbang   bagi menggambarkan pemandangan taman rekreasasi  secara harmoni dan  realistic.
      Sebagai kesimpulannya  murid boleh dikatakan mengalami perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Hurwits dan day dalam  menggunakan Unsur-unsur seni  seperti garisan ,warna rupa ,bentuk ,perspektif ,jalinan ,ruang  dalam teknik lukisan   untuk menghasilkan gambar  pemandangan taman rekreasi  .Murid ini juga boleh katakan mengalami pertumbuhan  mengikut tahap umurnya kerana dapat menggunakan otot tangan  dan  pancainderanya secara teratur  dan sistematik dalam usaha pemilihan dan pengendalian  alat dan media  catan bagi   menghasilkan pemandangan taman rekreasi secara seimbang dan harmoni .

No comments: