my name

  Myspace Glitter Text

BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL...



 
Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai ‘seni’ yang tersendiri dan seni yang paling indah ialah ‘hanya’ yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita.

Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui ide dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’ yang tidak ternilai.

 
Keaslian ‘pereka bentuk’ istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus. Cetusan ide yang diluahkan terus menjadi satu visual yang sungguh ekspresif dan unik hinggakan ianya menjadi satu bahan komoditi ‘seni’ yang berharga.


Kehalusan reka bentuk dan buatan kain songket bukan sahaja melambangkan kekayaan khazanah seni tekstil Melayu tradisional, malah ianya adalah sebagai satu penggerak ide dan pemangkin kepada pereka-pereka tekstil generasi kini, khususnya pelajar-pelajar yang sedang mendalami selok-belok seni ini.

Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional ini. Beberapa topik berkaitan bidang seni halus yang akan dipaparkan dalam lama web ini adalah anyamanseni batikpua kumbusongkettekatkain dastarkain tenunmanikukiran kayuukiran batuukiran logam dan tembikar.

 
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun.

 

No comments: