my name

  Myspace Glitter Text

Tuesday 19 March 2013

                                                                         KOLAJ



  •    Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.Bahan tara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.



Hasil karya kolaj dalam bidang menggambar


LOSHENESH A/P PUNUSAMY TAHUN 5

           

        Gambar ini dihasilkan oleh murid yang bernama Loshenesh .Murid ini berumur 11 tahun . Tema lukisan ini Adalah ikan. Dia telah menggunakan teknik kolaj dalam menghasilkan gambar ini .  Teknik kolaj  adalah gambar yang  dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.Murid ini menggunting dan melekatkan cebisan kertas  di atas permukaan kertas lukisan untuk menghasilkan gambar seekor ikan .Oleh  itu  murid  ini boleh dikatakan  menggunakaan  teknik kolaj dalam menghasilkan gambar seekor ikan yang berada di dalam air. Fungsi karya ini adalah untuk meluahkan perasaan iaitu gambar haiwan kesayangan .

Berdasarkan teori perkembangan lowen field  , murid ini  berada  pada Peringkat Dawning Realism . Menurut Lowen field pada peringkat ini kanak-kanak  boleh  melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.Imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.

            Oleh itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan seperti  disarankan oleh Lowen field .Ini kerana Hasil Karya murid ini dapat  menggambarkan seekor  ikan  yang ada dalam air  . Murid ini juga  telah menggunakan konsep dan skema yang betul   dalam menggunakan teknik kolaj bagi    menggambarkan  rupa  dan bentuk  seekor  ikan  secara realistic  . Murid ini juga berjaya  menjelaskan ciri seekor ikan iaitu ikan boleh bernafas kerana terdapat buih pada gambar ini. Murid ini juga menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia  telah mengunting dan menampal  kertas yang berwarna –warni dan  pelbagai bentuk  secara berhati-hati  bagi menghasilkan kesan jalinan , garisan, rupa dan bentuk pada gambar ini .Murid ini juga telah menggunakan kertas warna yang berlainan secara kreatif  bagi menghasilkan  bahagian seekor ikan seperti sisik ,ekor dan sebagainya . Murid ini juga  telah menggunakan  kertas warna biru bagi menghasilkan buih.Ini telah menunjukkan murid ini sedar akan warna biru boleh di gunakan untuk menggambarkan air . Buih yang berlinan saiz telah menggambarkan pespeksif pada gambar ini.Murid tersebut juga telah menggunakan ruang kertas lukisan secara maksimum bagi menggambarkan rupa dan bentuk seekor ikan. 

              Sebagai kesimpulannya  murid boleh dikatakan mengalami perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Lowen field dalam  menggunakan Unsur-unsur seni  seperti garisan ,warna rupa ,bentuk ,perspektif ,jalinan ,ruang  dalam teknik kolaj  untuk menghasilkan gambar  seekor ikan.Murid ini juga boleh katakan mengalami pertumbuhan  mengikut tahap umurnya kerana dapat menggunakan otot tanggan  dan  pancainderanya secara teratur bagi  memotong dan menampal cebisan kertas untuk menghasilkan gambar  seekor ikan.

 

No comments: