my name

  Myspace Glitter Text

Tuesday 19 March 2013

TIUPAN



·                                         Tiupan
Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan asalkan dapat digunakan untuk meniup atau tiupan mulut.Kemudian warna yang diletakan diatas sekeping kertas ditiup kearah yang dikehendaki.


Hasil karya tiupan dalam bidang menggambar:-

MICHELLE ANN  TAHUN 5
           
Gambar ini dihasilkan oleh murid yang  Michelle Ann . Murid  ini berumur 11 tahun . Tema lukisan ini adalah Pokok bunga  Dia telah menggunakan Teknik Tiupan . Bagi menghasilkan gambar dengan  teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan asalnya dapat digunakan untuk meniup  atau  tiupan mulut. Kemudian warna yang diletakkan diatas sekeping kertas ditiup ke    arah yang dikehendaki.
Murid ini telah  menitiskan sedikit warna air ke atas kertas lukisan . Kemudian  dia telah meniup titisan warna tersebut dengan penyedut minuman   pada    permukaan kertas lukisan  bagi  menghasilkan gambar sebatang pokok bunga   .Oleh  itu  murid  ini boleh dikatakan telah   menggunakaan  teknik tiupan   dalam menghasilkan gambar pokok bunga  . Fungsi karya ini adalah untuk menggambarkan rupa dan bentuk sebatang pokok bunga ataupun bahagian pokok bunga .

Berdasarkan teori perkembangan lowen field  , murid ini  berada  pada Peringkat Dawning Realism . Menurut Lowen field pada peringkat ini kanak-kanak  boleh  melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.Iimej yang dilukis secara realistik dan teliti. Mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.

Oleh itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan seperti  dyang dikatakan oleh Lowen field .Ini kerana Hasil Karya murid ini dapat  menggambarkan pokok bunga yang telah berbunga secara realistic     . Murid ini juga  telah menggunakan konsep dan skema yang betul   dalam menggunakan teknik tiupan   bagi    menggambarkan  rupa   dan bentuk sebatang pokok bunga   .Murid   ini  boleh dikatakan mahir  dalam pemilihan dan penggunaan  bahan , alat dan  media sesuai untuk menghasilkan gambar melalui teknik tiupan    . Murid ini juga menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia  telah meniup warna air secara penuh teliti  dan  berhati-hati   sehingga dapat  menghasilkan  setiap bahagian pokok bunga  dalam figura yang betul  .Murid ini juga dikatakan mahir dalam pemilihan warna yang sesuai . Oleh itu dia telah   memilih warna gelap bagi menggambarkan ranting pokok dan warna ungu bagi menggambarkan bunga. Pemilihan warna yang sesuai dan teknik tiupan  yang betul  dapat  menghasilkan  kesan jalinan , garisan, rupa dan bentuk pada  setiap bahagian pokok bunga  . pengerarakan otot badan dan otot  tangan yang lembut dan  mengghasilkan gambarpokok bunga  yang menarik. Dedadun dan bunga   yang berlinan saiz telah menggambarkan kefahaman murid tentang  pespeksif .  Murid tersebut juga telah menggunakan ruang kertas lukisan secara maksimum bagi menggambarkan  sebatang pokok bunga  

Sebagai kesimpulannya  murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Lowen field dalam  menggunakan Unsur-unsur seni  seperti garisan ,warna rupa ,bentuk ,perspektif ,jalinan ,ruang  dalam teknik tiupan untuk menghasilkan gambar  pokok bunga  .Murid ini juga boleh katakan mengalami pertumbuhan  mengikut tahap umur yang dinyatan oleh lowen field .Ini  kerana  murid dapat menggunakan otot tanggan ,mulut , badan  dan  pancainderanya secara teratur dan sistematik  bagi titis dan meniup titisan warna dengam menggunakan penyedup minuman bagi menghasilkan gambar sebatang pokok bunga  secara spontan  berdasarkan pengatahuan dan pengalaman sedia ada murid.


1 comment:

Unknown said...

tq..kreativiti yang baik...