my name

  Myspace Glitter Text

Tuesday 19 March 2013

PENGENALAN MENGGAMBAR



PENGENALAN MENGGAMBAR

Menggambar  adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan .Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.Ilustrasi yang digunakan dalam menggambar adalah  untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek.Menggambar merupakan Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi.Aktiviti menggambar juga boleh didefinasikan  sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.

      Aktiviti menggambar  melibatkan penggunaan pelbagai peralatan ,bahan ,media dan teknik .Oleh itu membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak seperti yang disarankan dalam Falsafa Pendidikan Kebangsaan . Iaitu menghasilkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi ,rohani dan intelek . Oleh demikian Pendidikan seni visual di anggap sebagai matapelajaran yang penting   bagi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak sekolah rendah . Ini kerana aktiviti menggambar dapat meningkatkan perkembangan murid dari  aspek psikomotor,kognitif social dan emosi kanak-kanak .

Oleh itu Aktiviti  menggambar sangat diperlukan    kepada kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak .Ini kerana  aktiviti menggambar memainkan peranan  penting sebagai medium komunikasi murid-murid.Ativiti menggambar merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi .Selain daripada itu murid-murid juga  memerlukan aktiviti menggambar bagi mencapai kepuasan diri .Ini kerana aktiviti menggambar merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot murid tetutamanya murid tahap satu. Aktiviti menggambar juga sangat diperlukan kepada murid-murid bagi  Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) .Iaitu Aktiviti menggambar  dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

2.0  BIDANG MENGGAMBAR
Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu-:
1.      Menggambar
2.      Membuat Corak dan Rekaan ,
3.       Membentuk dan Membuat Binaan
4.       Mengenal Kraf Tradisional
       Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.Menggambar  merupakan salah satu bidang Pendidikan seni visual sekolah rendah.   Pelbagai teknik boleh  digunakan dalam  dalam bidang menggambar antaranya ialah -:



a)      Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.



Hasil karya lukisan dalam bidang menggambar :-



            THARSHINI A/P BALASUBRAMANIAM  TAHUN 5
           
Gambar ini dihasilkan oleh murid yang bernama Tharsni  .Murid ini berumur 11 tahun . Tema lukisan ini adalah  pemandangan di  tepi sungai .  Dia telah menggunakan teknik lukisan  dalam menghasilkan gambar ini .  Teknik  lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering .Murid ini telah menggunakan  media kering iaitu  crayon  pada  permukaan kertas lukisan untuk menghasilkan gambar pemandangan tepi sungai  .Oleh  itu  murid  ini boleh dikatakan  menggunakaan  teknik lukisan  untuk  menghasilkan gambar pemandangan tepi sungai . Fungsi karya ini adalah untuk menggambarkan pemandangan tepi sungai .

Berdasarkan kepada  teori perkembangan Artistik oleh Hurwits dan day murid ini berada pada peringkat pra remaja.Iaitu peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.Pada peringkat ini kanak-kanak dapat melukis gambar dengan saiz yang betul .Mereka mula menggunakan  kaedah perspeksif bagi membezakan saiz imej.Mereka juga memahami konsep ruang.Selaian daripada itu lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini namapak lebih realistic dan mula menggunakan warna yang lebih tepat.
Oleh itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan seperti  dikatakan  oleh Artistik oleh Hurwits dan day.Ini kerana Hasil Karya murid ini dapat  menggambarkan pemandangan tepi sungai   . Murid ini juga  telah menggunakan konsep dan skema yang betul   dalam menggunakan teknik lukisan  bagi    menggambarkan  pemandangan tepi sungai  secara realistic  . Murid ini juga menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia  telah  menggunakan crayon secara  berhati-hati  bagi menghasilkan kesan jalinan , garisan  ,imbangan ,harmoni dan pengerakan  pada gambar  ini .Murid ini juga  telah menggunakan crayon  yang berwarna- warna  secara kreatif  bagi menghasilkan setiap imej dalam gambar ini  .Murid ini juga  telah  memilih dan menggunakan warna yang lebih tepat bagi menghasilkan setiap imej  dalam gambar ini .contohnya murid ini sedar akan warna hijau  sesuai digunakan untuk melukis gunung, warna biru dan putih  sesuai digunakan untuk melukis pengaliran sungai dan awan .warna oren sesuai digunakan untuk melukis imej matahari  .Dia telah  menggunakan  kaedah perspeksif bagi membezakan saiz setiap imej iaitu Setiap imej yang berlainan saiz iatu imej dekat nampak besar dan imej jauh kelihatan kecil  .Dia  juga memahami konsep ruang.Oleh itu menyusun setiap imej dalam  kertas lukisan ini secara sistematik  bagi menggambarkan pemandangan tepi sungai namapak lebih    realistic.
Sebagai kesimpulannya  murid boleh dikatakan mengalami perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Hurwits dan day dalam  menggunakan Unsur-unsur seni  seperti garisan ,warna rupa ,bentuk ,perspektif ,jalinan ,ruang  dalam teknik lukisan   untuk menghasilkan gambar  pemandangan tepi sungai .Murid ini juga boleh katakan mengalami pertumbuhan  mengikut tahap umurnya kerana dapat menggunakan otot tanggan  dan  pancainderanya secara teratur  dan sistematik dalam usaha menghasilkan gambar pemandangan tepi sungai dengan menggunakan media kering .

No comments: