my name

  Myspace Glitter Text

Tuesday 19 March 2013

KEPERLUAN AKTIVITI CORAK KEPADA MURID



KEPERLUAN AKTIVITI  CORAK  KEPADA MURID
 Aktiviti corak dan rekaan juga sangat penting bagi memenuhi  keinginan asas kanak-kanak  seperti berikut:

  •    Meluahkan perasaan

Aktiviti  corak dan rekaan  sangat diperlukan oleh murid-murid bagi meluahkan perasaan dan emosi murid dalam bentuk gambar secara kritis dan kreatif .Seorang guru boleh membaca pemikiran dan keperluan anak muridnya melalui  hasil karya seseorang murid


  •   Diiktiraf ,diterima dan disanjung

Setiap murid inginkan  dirinya diterima  dan disanjung oleh semua  orang .Aktiviti corak dan rekaan membolehkan  hasil karya yang dihasilkannya dinilai ,diterima ,diiktiraf dan dipamerkan dihadapan orang ramai.  Pengiktirafan dan pujian ini akan memenuhi keinginan asas seseorang murid.Dorongan ini juga akan motivasi seseorang murid bergerak ke arah kecemerlangan .


  •    Mewujudkan persaingan yang positif

Setiap murid suka  membandingkan  hasil kerjaya dan  tahap pencapaiannya dengan murid-murid yang lain .Aktiviti corak dan rekaan  boleh memenuhi keinginan ini melalui aktiviti  pertandingan corak dan  rekaan .Pertandingan seperti ini bukan sahaja memenuhi keiinginjan murid malahan dapat mewujudkan persaingaan yang positif di kalangan murid-murid


  • Meneroka sesuatu yang baru

Setiap murid menpunyai naluri ingin tahu. Seperti mencuba,menguji  dan menghasilkan sesuatu yang baru. Aktiviti corak sangat diperlukan bagi  memberi peluang kepada murid-murid bagi mencuba pelbagai jenis peralatan ,bahan dan media bagi meneroka sesuatu yang baru.


  •       Mencungkil pemikiran kritis dan kreatif murid

Aktiviti  corak dan rekaan dapat memberi peluang kepada merid-murid meneroka pemikiran murid-murid bagi mencungkil pemikiran kritis dan kreatif dalam usaha menghasilkan corak terancang dan tidan terancang bagi reka dan menghasilkan  sesuatu karya seni .