- Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.Bahan tara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
Hasil karya kolaj
dalam bidang menggambar
LOSHENESH
A/P PUNUSAMY TAHUN 5
Gambar ini dihasilkan oleh murid yang bernama Loshenesh
.Murid ini berumur 11 tahun . Tema lukisan ini Adalah ikan. Dia telah
menggunakan teknik kolaj dalam menghasilkan gambar ini . Teknik kolaj
adalah gambar yang dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak,
menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.Murid ini
menggunting dan melekatkan cebisan kertas
di atas permukaan kertas lukisan untuk menghasilkan gambar seekor ikan
.Oleh itu murid
ini boleh dikatakan menggunakaan teknik kolaj dalam menghasilkan gambar seekor
ikan yang berada di dalam air. Fungsi karya ini adalah untuk meluahkan perasaan
iaitu gambar haiwan kesayangan .
Berdasarkan
teori perkembangan lowen field , murid
ini berada pada Peringkat Dawning Realism . Menurut
Lowen field pada peringkat ini kanak-kanak
boleh melukis dengan mengekalkan
konsep dan skema tertentu.Imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Mereka
berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya
yang dihasilkan.
Oleh
itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan
seperti disarankan oleh Lowen field .Ini
kerana Hasil Karya murid ini dapat menggambarkan seekor ikan
yang ada dalam air . Murid ini
juga telah menggunakan konsep dan skema
yang betul dalam menggunakan teknik
kolaj bagi menggambarkan rupa
dan bentuk seekor ikan
secara realistic . Murid ini juga
berjaya menjelaskan ciri seekor ikan
iaitu ikan boleh bernafas kerana terdapat buih pada gambar ini. Murid ini juga
menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia
telah mengunting dan menampal
kertas yang berwarna –warni dan
pelbagai bentuk secara
berhati-hati bagi menghasilkan kesan
jalinan , garisan, rupa dan bentuk pada gambar ini .Murid ini juga telah menggunakan
kertas warna yang berlainan secara kreatif
bagi menghasilkan bahagian seekor
ikan seperti sisik ,ekor dan sebagainya . Murid ini juga telah menggunakan kertas warna biru bagi menghasilkan buih.Ini
telah menunjukkan murid ini sedar akan warna biru boleh di gunakan untuk
menggambarkan air . Buih yang berlinan saiz telah menggambarkan pespeksif pada
gambar ini.Murid tersebut juga telah menggunakan ruang kertas lukisan secara
maksimum bagi menggambarkan rupa dan bentuk seekor ikan.
Sebagai kesimpulannya murid boleh dikatakan mengalami perkembangan
seperti yang dinyatakan oleh Lowen field dalam menggunakan
Unsur-unsur seni seperti garisan ,warna
rupa ,bentuk ,perspektif ,jalinan ,ruang
dalam teknik kolaj untuk
menghasilkan gambar seekor ikan.Murid
ini juga boleh katakan mengalami pertumbuhan
mengikut tahap umurnya kerana dapat menggunakan otot tanggan dan
pancainderanya secara teratur bagi
memotong dan menampal cebisan kertas untuk menghasilkan gambar seekor ikan.
No comments:
Post a Comment