my name

  Myspace Glitter Text

Tuesday, 19 March 2013

montaj



Montaj
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf..

Hasil karya montaj  dalam bidang menggambar

                VIGNESVARAN A/L DAMODARAN
           
Gambar ini dihasilkan oleh murid yang bernama Vigneswaran   .Murid ini berumur 11 tahun . Dia telah menggunakan teknik montaj dalam menghasilkan gambar ini .  Tema lukisan ini adalah buah-buahan. Teknik  montaj adalah  beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.
Hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
Komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. Murid ini telah menggunakan komputer  untuk mencantum beberapa gambar buah-buahan untuk menghasilkan gambar  ini.Oleh  itu  murid  ini boleh dikatakan  menggunakaan  teknik mozek  dalam menghasilkan gambar buah-buahan. Fungsi karya ini adalah untuk menyampaikan mesej tentang buah-buahan  tempatan.
Berdasarkan teori perkembangan lowen field  , murid ini  berada  pada Peringkat Dawning Realism . Menurut Lowen field pada peringkat ini kanak-kanak  boleh  melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.Iimej yang dilukis secara realistik dan teliti. Mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.
Oleh itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan seperti  dikelaskan  oleh Lowen .Ini kerana Murid ini juga  telah menggunakan konsep dan skema yang betul dalam menggunakan teknik montaj bagi  menyampaikan mesej tentang-buah-buahan tempatan dengan tepat .    . Murid ini juga telah menggambarkan  rupa bentuk buah-buahan  tempatan melalui cantuman gambar yang berwarna-warni.Murid ini juga menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia  telah  menggunakan program mikrosoft word untuk mencantum gambar buah-buahan tempatan secara sistematik dan kreatif dalam satu muka surat . Murid ini juga telah menaip tajuk gambar ini dengan menggunakan font yang cantik . Selain daripada itu murid-murid ini juga menampal beberapa gambar buah-buahan  ke atas permukaan gambar ini secara tersusun.Perkara ini telah menambahkan lagi keceriaan pada gambar ini .
. Murid ini juga  boleh dikatakan mahir dalam pemilihan  gambar yang berwarna -warni bagi menggambarkan  rupa bentuk setiap imej  dalam gambar dengan  tepat  .Murid ini telah menggunakan kaedah peta minda untuk menyampaikan maklumat tentang buah-buahan tempatan . Pemilihan gambar-gambar  yang sesuai telah menunjukkan murid ini sedar akan warna  sebenar setiap buah-buahan  yang ada di persekitaran. Murid tersebut juga telah menggunakan ruang kertas lukisan secara maksimum bagi menggambarkan beberapa buah-buahan tempatan  yang dikenali oleh murid-murid .
Sebagai kesimpulannya  murid boleh dikatakan mengalami perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Lowen field kerana murid ini mahir   menggunakan sistem komputer untuk menghasilkan gambar   buah-buahan tempatan.Murid ini juga boleh katakan mengalami pertumbuhan psikomor  mengikut tahap umurnya kerana dapat menggunakan otot tanggan  dan  pancainderanya secara teratur dan sistematik  bagi  menyusun  dan menampal gambar  berwarna-warni  untuk menyampaikan maklumat tentang buah-buahan tempatan .  Pergabungan gambar-buahan yang teratur  dapat menghasilkan gambar montaj uang bersifat seimbang dan harmoni.

No comments: