my name

  Myspace Glitter Text

Tuesday, 19 March 2013

TUJUAN AKTIVITI CORAK DAN REKAAN


                           TUJUAN  AKTIVITI  CORAK  DAN REKAAN


Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.Aktiviti corak dan rekaan  sangat penting dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak  dari segi perlakuan ,persepsi dan pengetahuan budaya seperti berikut:-

2.3.1 Perlakuan
·                  Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.
·                  Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
·                  Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
·                  Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan   
           gubahan seni. 
·                  Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
·                  Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.
·                  Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.
·                  Mengenal unsur corak yang tedapat di persekitaran.
·                  Membezakan jenis corak tertentu.
·                  Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.
·                  Mengatur corak.
·                  Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.
·                  Membuat penerokaan dan ekperimentasi motif dan warna dalam mencorak.
·                  Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan
           tangan   yang baik untuk menghasilkan karya seni.
·                  Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara  
           terperinci terhadap ciptaan tersebut.
        

2.3.2 Persepsi

·                     Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan,
             kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.
·                     Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
·                     Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
·                     Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
·                     Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
·                     Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
·                     Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.
·                     Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
·                     Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
·                     Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
·                     Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.
·                     Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan 
            kaitannya dengan kehidupan mereka.
·                     Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan 
            menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna
·                     Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

2.3.3 Pengetahuan Budaya

·                     Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan,
            kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.
·                     Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
·                     Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf 
            tradisional.
·                     Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat
            kegunaan harian.
·                     Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf 
            tradisional.
·                     Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan 
            kebangsaan.

No comments: