KEPERLUAN AKTIVITI CORAK KEPADA
MURID
Aktiviti corak dan rekaan juga sangat penting
bagi memenuhi keinginan asas kanak-kanak seperti berikut:
- Meluahkan perasaan
Aktiviti corak dan rekaan sangat diperlukan oleh murid-murid bagi
meluahkan perasaan dan emosi murid dalam bentuk gambar secara kritis dan
kreatif .Seorang guru boleh membaca pemikiran dan keperluan anak muridnya
melalui hasil karya seseorang murid
- Diiktiraf ,diterima dan disanjung
Setiap
murid inginkan dirinya diterima dan disanjung oleh semua orang .Aktiviti corak dan rekaan membolehkan hasil karya yang dihasilkannya dinilai
,diterima ,diiktiraf dan dipamerkan dihadapan orang ramai. Pengiktirafan dan pujian ini akan memenuhi
keinginan asas seseorang murid.Dorongan ini juga akan motivasi seseorang murid
bergerak ke arah kecemerlangan .
- Mewujudkan persaingan yang positif
Setiap
murid suka membandingkan hasil kerjaya dan tahap pencapaiannya dengan murid-murid yang
lain .Aktiviti corak dan rekaan boleh
memenuhi keinginan ini melalui aktiviti
pertandingan corak dan rekaan .Pertandingan
seperti ini bukan sahaja memenuhi keiinginjan murid malahan dapat mewujudkan
persaingaan yang positif di kalangan murid-murid
- Meneroka sesuatu yang baru
Setiap
murid menpunyai naluri ingin tahu. Seperti mencuba,menguji dan menghasilkan sesuatu yang baru. Aktiviti
corak sangat diperlukan bagi memberi
peluang kepada murid-murid bagi mencuba pelbagai jenis peralatan ,bahan dan
media bagi meneroka sesuatu yang baru.
- Mencungkil pemikiran kritis dan kreatif murid
Aktiviti
corak dan rekaan dapat memberi peluang
kepada merid-murid meneroka pemikiran murid-murid bagi mencungkil pemikiran
kritis dan kreatif dalam usaha menghasilkan corak terancang dan tidan terancang
bagi reka dan menghasilkan sesuatu karya
seni .
1 comment:
tq...
Post a Comment