my name

  Myspace Glitter Text

Tuesday, 19 March 2013

RESIS



                  Resis
        Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kerta dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.



Hasil karya Resis. dalam bidang menggambar :-



EVAROSHINIE A/P VIGNESVARAN    TAHUN 5
           
Gambar ini dihasilkan oleh murid yang bernama Evaroshinie    .Murid ini berumur 11 tahun . Tema lukisan ini Adalah  haiwan kesayangan .Dia telah menggunakan teknik resis    dalam menghasilkan gambar ini .  Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin Murid ini telah menggunakan crayon putih dan warna poster untuk menghasilkan gambar seekor ikan hiasan Murid ini telah menggunakan cyayon putih  yang dalam aktiviti menggambar ini .Crayon putih ini bertindak sebagai   pelindung kepada warna air . Crayon  dalam aktiviti gambar ini juga bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan dalam gambar ini  .Oleh  itu  murid  ini boleh dikatakan  menggunakaan  teknik resis    untuk  menghasilkan gambar ini  . Fungsi karya ini adalah untuk meluahkan perasaan iaitu  menggambarkan haiwan kesayangan murid  .Murid ini meluahkan perasaan dia dengan menggambarkan ikan hiasan sebagai haiwan kesayangannya
 Berdasarkan kepada  teori perkembangan Artistik oleh Hurwits dan day.Pada peringkat ini kanak-kanak dapat melukis gambar dengan saiz yang betul .Mereka mula menggunakan  kaedah perspeksif bagi membezakan saiz imej.Mereka juga memahami konsep ruang.
Oleh itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan d seperti  dikatakan  oleh Artistik oleh Hurwits dan day.Ini kerana Hasil Karya murid ini dapat  menggambarkan haiwan kesayangan muri ini  iaitu ikan hiasan  ada di dalam air   . Murid ini juga  telah menggunakan konsep dan skema yang betul   dalam menggunakan teknik resis   bagi    menggambarkan  ikan hiasan   secara realistic.Ini kerana murid ini telah menggunakan warna warni untuk menggambarkan seekor ikan hiasan .Murid ini juga telah melukis rumput-rumpai laut dan buih air untuk menggambarkan ikan hiasan itu hidup di dalam kawasan air. Dan dalam kawasan air juga terdapat hidupan lain seperti rumput rumpai air. Perkara ini menunjukkan perkembangan kefahaman murid ini tentang hidupan air . Murid ini juga menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia  telah menyapu warna  secara  berhati-hati  dengan menggunakan teknik basah ke atas basah dan kering  bagi menghasilkan kesan jalinan ,dan penggerakkan.Murid ini juga menyusun setiap imej dalam gambar ini secara teratur sehingga dapat menghasilkan imbangan dan harmoni dan   pada gambar  ini .Murid ini juga  telah  mencampur warna  air   secara kreatif  bagi menghasilkan setiap imej dalam gambar ini  .Murid ini juga  telah  memilih, mencampur  dan menghasilkan warna yang lebih sesuai  bagi menghasilkan setiap imej  dalam gambar ini secara realistic  .contohnya murid ini sedar akan beberapa  warna hijau  sesuai digunakan untuk melukis rumput rumpai , warna biru dan putih  sesuai digunakan untuk air .warna oren sesuai digunakan untuk melukis imej ikan hiasan   .Dia telah  menggunakan  kaedah perspeksif bagi membezakan saiz setiap imej iaitu  imej dekat namapak besar dan imej jauh kelihatan kecil  .Dia  juga telah  memahami konsep ruang.Oleh itu  dia Berjaya menyusun setiap imej dalam  kertas lukisan ini secara seimbang   bagi menggambarkan ikan hiasan secara harmoni dan  realistic
Sebagai kesimpulannya  murid boleh dikatakan mengalami perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Hurwits dan day dalam  menggunakan  elemen dan Unsur-unsur seni  seperti garisan ,warna rupa ,bentuk ,perspektif ,jalinan ,ruang  dalam teknik lukisan   untuk menghasilkan gambar  ikan hiasan  .Murid ini juga boleh katakan mengalami pertumbuhan  mengikut tahap umunya kerana dapat menggunakan otot tanggan  dan  pancainderanya secara teratur  dan sistematik dalam usaha pemilihan dan pengendalian  alat dan media  resis  bagi   menghasilkan gambar ikan hiasan secara seimbang dan harmoni.