my name

  Myspace Glitter Text

Tuesday, 19 March 2013

Mozek





a                                                                               Mozek
mozek adalah Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.



Hasil karya mozek  dalam bidang menggambar





LEENADEVI TAHUN 5
           
Gambar ini dihasilkan oleh murid yang bernama Leenadevi  .Murid ini berumur 11 tahun . Dia telah menggunakan teknik mozek  dalam menghasilkan gambar ini .  Tema lukisan ini Adalah itik  Teknik mozek adalah Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.Murid ini menggunting dan menyusun kertas warna   di atas permukaan kertas lukisan secara bersebelahan untuk menghasilkan gambar seekor itik  .Oleh  itu  murid  ini boleh dikatakan  menggunakaan  teknik mozek  dalam menghasilkan gambar seekor itik  yang berada di atas permukaan air. Fungsi karya ini adalah untuk menggambarkan rupa bentuk dan ciri  seekor itik  .
Berdasarkan teori perkembangan lowen field  , murid ini  berada  pada Peringkat Dawning Realism . Menurut Lowen field pada peringkat ini kanak-kanak  boleh  melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.Iimej yang dilukis secara realistik dan teliti. Mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.

Oleh itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan seperti  dikelaskan  oleh Lowen field .Ini kerana Hasil Karya murid ini dapat  menggambarkan seekor  itik   yang ada di atas permukaan   air  . Murid ini juga  telah menggunakan konsep dan skema yang betul   dalam menggunakan teknik mozek  bagi    menggambarkan  rupa  dan bentuk  seekor  itik   secara realistic  . Murid ini juga Berjaya  menjelaskan ciri seekor itik  iaitu itik boleh berenang dalam air  a.Oleh sebab itu  itik terapung apabila berada di atas permukaan. Murid ini juga menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia  telah mengunting dan menampal  kertas yang berwarna –warni yang terdiri daripada bentuk segi empat tepat  disusun secara bersebelahan dan rapat   secara teliti dan sistematik   bagi menghasilkan kesan jalinan , garisan, rupa,  dan bentuk pada gambar ini .Murid ini juga telah menggunakan kertas warna yang berlainan secara kreatif  bagi menghasilkan  kesan ton pada  permukaan air dan tumbuhan air   
. murid ini juga  boleh dikatakan mahir dalam pemilihan warna yang tepat bagi menggambarkan setiap imej dalam gambar ini .Contohnya pemilihan kertas warna kuning bagi menghasilkan imej itik ,pemilihan warna hijau bagi menghasilkan imej tumbuhan air dan pemilihan warna biru bagi menghasilkan imej sungai. Pemilihan warna yang sesuai telah menunjukkan murid ini sedar akan warna  sebenar setiap imej yang ada di persekitaran. Murid tersebut juga telah menggunakan ruang kertas lukisan secara maksimum bagi menggambarkan rupa dan bentuk seekor itik   

Sebagai kesimpulannya  murid boleh dikatakan mengalami perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Lowen field dalam  menggunakan Unsur-unsur seni  seperti garisan ,warna rupa ,bentuk ,perspektif dan unsur rekaan seni seperti harmonidan imbangan  dalam teknik mozek   untuk menghasilkan gambar  seekor ikan yang ada di atas permukaan air .Murid ini juga boleh katakan mengalami pertumbuhan psikomor  mengikut tahap umunya kerana dapat menggunakan otot tanggan  dan  pancainderanya secara teratur dan sistematik  bagi  memotong, menyusun  dan menampal kertas  berwarna-warna secara bersebelahan  dan rapat untuk menghasilkan gambar  seekor itik yang berada di atas permukaan air secara seimbang dan harmoni  .






No comments: