·
Tiupan
Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang
lain digunakan asalkan dapat digunakan untuk meniup atau tiupan mulut.Kemudian
warna yang diletakan diatas sekeping kertas ditiup kearah yang dikehendaki.
Hasil karya tiupan
dalam bidang menggambar:-
MICHELLE
ANN TAHUN 5
Gambar ini dihasilkan oleh murid yang Michelle Ann . Murid ini berumur 11 tahun . Tema lukisan ini
adalah Pokok bunga Dia telah menggunakan
Teknik Tiupan . Bagi
menghasilkan gambar dengan teknik ini
straw atau bahan yang lain digunakan asalnya dapat digunakan untuk meniup atau tiupan mulut. Kemudian warna yang diletakkan
diatas sekeping kertas ditiup ke arah yang dikehendaki.
Murid ini telah menitiskan sedikit warna air ke atas kertas lukisan . Kemudian dia telah meniup titisan warna tersebut dengan penyedut minuman pada permukaan kertas lukisan bagi menghasilkan gambar sebatang pokok bunga .Oleh itu murid ini boleh dikatakan telah menggunakaan teknik tiupan dalam menghasilkan gambar pokok bunga . Fungsi karya ini adalah untuk menggambarkan rupa dan bentuk sebatang pokok bunga ataupun bahagian pokok bunga .
Murid ini telah menitiskan sedikit warna air ke atas kertas lukisan . Kemudian dia telah meniup titisan warna tersebut dengan penyedut minuman pada permukaan kertas lukisan bagi menghasilkan gambar sebatang pokok bunga .Oleh itu murid ini boleh dikatakan telah menggunakaan teknik tiupan dalam menghasilkan gambar pokok bunga . Fungsi karya ini adalah untuk menggambarkan rupa dan bentuk sebatang pokok bunga ataupun bahagian pokok bunga .
Berdasarkan
teori perkembangan lowen field , murid
ini berada pada Peringkat Dawning Realism . Menurut
Lowen field pada peringkat ini kanak-kanak
boleh melukis dengan mengekalkan
konsep dan skema tertentu.Iimej yang dilukis secara realistik dan teliti. Mereka
berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya
yang dihasilkan.
Oleh
itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan
seperti dyang dikatakan oleh Lowen field
.Ini kerana Hasil Karya murid ini
dapat menggambarkan pokok bunga yang
telah berbunga secara realistic . Murid ini juga telah menggunakan konsep dan skema yang
betul dalam menggunakan teknik tiupan bagi
menggambarkan rupa dan bentuk sebatang pokok bunga .Murid
ini boleh dikatakan mahir dalam pemilihan dan penggunaan bahan , alat dan media sesuai untuk menghasilkan gambar melalui
teknik tiupan . Murid ini juga menitikberatkan kualiti
kerja.Oleh itu dia telah meniup warna
air secara penuh teliti dan berhati-hati
sehingga dapat menghasilkan setiap bahagian pokok bunga dalam figura yang betul .Murid ini juga dikatakan mahir dalam
pemilihan warna yang sesuai . Oleh itu dia telah memilih warna gelap bagi menggambarkan
ranting pokok dan warna ungu bagi menggambarkan bunga. Pemilihan warna yang
sesuai dan teknik tiupan yang betul dapat menghasilkan
kesan jalinan , garisan, rupa dan bentuk pada setiap bahagian pokok bunga . pengerarakan otot badan dan otot tangan yang lembut dan mengghasilkan gambarpokok bunga yang menarik. Dedadun dan bunga yang berlinan saiz telah menggambarkan
kefahaman murid tentang pespeksif . Murid tersebut juga telah menggunakan ruang
kertas lukisan secara maksimum bagi menggambarkan sebatang pokok bunga
Sebagai kesimpulannya murid ini boleh dikatakan mengalami
perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Lowen field dalam menggunakan
Unsur-unsur seni seperti garisan ,warna
rupa ,bentuk ,perspektif ,jalinan ,ruang
dalam teknik tiupan untuk menghasilkan gambar pokok bunga .Murid ini juga boleh katakan mengalami pertumbuhan mengikut tahap umur yang dinyatan oleh lowen
field .Ini kerana murid dapat menggunakan otot tanggan ,mulut ,
badan dan pancainderanya secara teratur dan sistematik bagi titis dan meniup titisan warna dengam
menggunakan penyedup minuman bagi menghasilkan gambar sebatang pokok bunga secara spontan berdasarkan pengatahuan dan pengalaman sedia
ada murid.
1 comment:
tq..kreativiti yang baik...
Post a Comment