Ia
dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu
bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.Cara melakukannya: permukaan kertas
disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di
atas kertas.Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu,
paku atau plastik supaya gambar terhasil.Kesan yang berlainan terhasil apabila
guna bahan yang berlainan.
Hasil karya gurisan
dalam bidang menggambar :-
THAVAMALAR
A/P DAVENDRAN TAHUN 5
Gambar ini dihasilkan oleh murid yang
Thavamalar . Murid ini berumur 11
tahun . Tema lukisan ini adalah buah-buahan Dia telah menggunakan teknik
gurisan dalam menghasilkan gambar ini .teknik
gurisan adalah Menggunakan sesuatu alat
yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu
permukaan.Contoh: Kertas lukisan disapu secara berlapis dengan
menggunakan krayon disapu dengan krayon. Alatan tajam seperti kayu, paku atau lidi digunakan untuk menguris
untuk menghasilkan gambar/cora.Murid ini telah menyapukan dua lapisan
warna oil paste pada permukaan kertas lukisan dan kemudiakan
menguriskan oil paste yang telah disapukan dengan menggunakan mekanik pensel untuk menghasilkan gambar buah –buahan .Oleh
itu murid ini boleh dikatakan menggunakaan teknik gurisan dalam menghasilkan gambar buah-buahan . Fungsi
karya ini adalah untuk menggambarkan rupa bentuk beberapa buah-buahan yang terdapat di pasaran
kita.
Berdasarkan
teori perkembangan lowen field , murid
ini berada pada Peringkat Dawning Realism . Menurut
Lowen field pada peringkat ini kanak-kanak
boleh melukis dengan mengekalkan
konsep dan skema tertentu.Iimej yang dilukis secara realistik dan teliti. Mereka
berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya
yang dihasilkan.
Oleh
itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan
seperti disarankan oleh Lowen field .Ini
kerana Hasil Karya murid ini dapat menggambarkan beberapa jenis buah-buahan tempatan dan buah buahan luar negeri . Murid ini juga telah menggunakan konsep dan skema yang
betul dalam menggunakan teknik gurisan bagi
menggambarkan rupa dan
bentuk beberapa jenis buah secara realistic
.Murid ini boleh dikatakan mahir dalam pemilihan dan penggunaan bahan , alat dan media sesuai untuk menghasilkan gambar melalui
tekniki gurisan . Murid ini juga
menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia
telah mewarna dua lapisan oil
paste dengan kemas sehingga tidak Nampak lapisan pertama dan
mengguris secara berhati-hati dan teliti
bagi menghasilkan gambar buah -buahan dalam figura yang betul .Murid ini juga dikatakan mahir dalam
pemilihan warna yang sesuai . Oleh itu
memilih warna gelap sebagai warna lapisan keduai bagi menghasilkan kesan jalinan , garisan, rupa dan bentuk pada setiap
gambar buah-buahan .Murid ini juga telah menggunakan pelbagai warna
secara kreatif pada lapisan pertama bagi mengghasilkan gambar yang menarik.
Buah-buahan yang berlinan saiz telah
menggambarkan kefahaman murid tentang
pespeksif . Murid tersebut juga
telah menggunakan ruang kertas lukisan secara maksimum bagi menggambarkan
beberapa jenis buah-buahan .
Sebagai kesimpulannya murid boleh dikatakan mengalami perkembangan
seperti yang dinyatakan oleh Lowen field dalam menggunakan
Unsur-unsur seni seperti garisan ,warna
rupa ,bentuk ,perspektif ,jalinan ,ruang dalam teknik gurisanj untuk menghasilkan gambar buah-buahan .Murid ini juga boleh katakan
mengalami pertumbuhan mengikut tahap
umunya kerana dapat menggunakan otot tanggan
dan pancainderanya secara teratur
bagi mewarna oil paste pada kertas lukisan dan mengguris oil paste dengan
menggunakan pensel mekanik secara spontan bagi menghasilkan gambar buah-buahan
2 comments:
kreativiti yang bagus...tq
KREATIVITI YG BAIK...TQ
Post a Comment