my name

  Myspace Glitter Text

Tuesday, 19 March 2013

GURISAN

                                                                           GURISAN



Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.Cara melakukannya: permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil.Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan.


Hasil karya gurisan dalam bidang menggambar :-


THAVAMALAR A/P DAVENDRAN  TAHUN 5
           
Gambar ini dihasilkan oleh murid yang  Thavamalar . Murid  ini berumur 11 tahun . Tema lukisan ini adalah buah-buahan Dia telah menggunakan teknik gurisan  dalam menghasilkan gambar ini .teknik gurisan adalah   Menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.Contoh: Kertas lukisan disapu secara berlapis dengan menggunakan krayon disapu dengan krayon. Alatan tajam seperti kayu, paku atau lidi digunakan untuk menguris untuk menghasilkan gambar/cora.Murid ini telah menyapukan  dua lapisan  warna oil paste pada    permukaan kertas lukisan dan kemudiakan menguriskan oil paste yang telah disapukan dengan menggunakan mekanik pensel  untuk menghasilkan gambar buah –buahan  .Oleh  itu  murid  ini boleh dikatakan  menggunakaan  teknik gurisan  dalam menghasilkan gambar buah-buahan . Fungsi karya ini adalah untuk menggambarkan rupa bentuk  beberapa buah-buahan yang terdapat di pasaran kita.


Berdasarkan teori perkembangan lowen field  , murid ini  berada  pada Peringkat Dawning Realism . Menurut Lowen field pada peringkat ini kanak-kanak  boleh  melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.Iimej yang dilukis secara realistik dan teliti. Mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.

Oleh itu murid ini boleh dikatakan mengalami perkembangan dan pertumbuhan seperti  disarankan oleh Lowen field .Ini kerana Hasil Karya murid ini dapat  menggambarkan beberapa jenis  buah-buahan tempatan dan  buah buahan  luar negeri   . Murid ini juga  telah menggunakan konsep dan skema yang betul   dalam menggunakan teknik gurisan  bagi    menggambarkan  rupa   dan bentuk beberapa jenis buah secara realistic  .Murid   ini  boleh dikatakan mahir  dalam pemilihan dan penggunaan  bahan , alat dan  media sesuai untuk menghasilkan gambar melalui tekniki gurisan    . Murid ini juga menitikberatkan kualiti kerja.Oleh itu dia  telah mewarna  dua lapisan oil paste dengan  kemas  sehingga tidak Nampak lapisan pertama dan mengguris secara berhati-hati  dan teliti bagi menghasilkan gambar buah -buahan dalam figura yang betul  .Murid ini juga dikatakan mahir dalam pemilihan warna yang sesuai . Oleh itu  memilih warna gelap sebagai warna lapisan keduai  bagi menghasilkan  kesan jalinan , garisan, rupa dan bentuk pada  setiap  gambar buah-buahan .Murid ini juga telah menggunakan pelbagai warna secara kreatif  pada lapisan pertama  bagi mengghasilkan gambar yang menarik. Buah-buahan  yang berlinan saiz telah menggambarkan kefahaman murid tentang  pespeksif .  Murid tersebut juga telah menggunakan ruang kertas lukisan secara maksimum bagi menggambarkan beberapa jenis buah-buahan . 

Sebagai kesimpulannya  murid boleh dikatakan mengalami perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Lowen field dalam  menggunakan Unsur-unsur seni  seperti garisan ,warna rupa ,bentuk ,perspektif ,jalinan ,ruang  dalam teknik gurisanj  untuk menghasilkan gambar  buah-buahan .Murid ini juga boleh katakan mengalami pertumbuhan  mengikut tahap umunya kerana dapat menggunakan otot tanggan  dan  pancainderanya secara teratur bagi mewarna oil paste pada kertas lukisan dan mengguris oil paste dengan menggunakan pensel mekanik secara spontan  bagi  menghasilkan gambar  buah-buahan


2 comments:

Unknown said...

kreativiti yang bagus...tq

Unknown said...

KREATIVITI YG BAIK...TQ